www.ubikarikatur.com events caricature graphic image ubikarikatur mascot 1 image ubikarikatur mascot 2 image
laman utama karikatur contoh lukisan karikatur order karikatur soalan lazim karikatur kartunis & karikaturis hubungi kami

PERKHIDMATAN KARIKATUR UNTUK MAJLIS, ACARA & PARTI

 

PERLUKAN SESI KARIKATUR UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS, PARTI & ACARA ANDA?
TEMPAHLAH KARTUNIS & PELUKIS KARIKATUR KAMI SEKARANG!

 

PARTI HARIJADI - PERPISAHAN - PERSARAAN - ALUMNI

Walau apa pun jua jenis dan tema parti anda, pastinya keutamaan anda adalah untuk menghiburkan para jemputan. Sesi lukisan karikatur pastinya akan meninggalkan kenangan manis buat tetamu anda!

sesi karikatur parti harijadi picture karikatur untuk parti picture

MAJLIS PERASMIAN - PEMBUKAAN - PELANCARAN

Sememangnya majlis-majlis seumpama ini memerlukan perhatian. Pelukis karikatur kami akan memastikan para hadirin terhibur. Tetamu yang hadir dijamin akan kagum dengan cenderahati yang bakal mereka terima di majlis tersebut, membuatkan mereka akan sentiasa mengingatinya buat selamanya!

karikatur majlis pelancaran produk picture

INGIN WAJAH JEMPUTAN ANDA DI'KARTUN'KAN? TEMPAHLAH KAMI SEKARANG!

MAJLIS KORPORAT - JAMUAN - MAJLIS TAHUNAN - HARI KELUARGA

Inilah masanya untuk anda meraikan staf dan kakitangan syarikat anda! Tunjukkan betapa mereka dihargai apabila wajah mereka di'kartun'kan dengan lukisan karikatur menarik daripada kami!

karikatur di majlis makan malam picture karikatur untuk hari keluarga syarikat picture

KONVENSYEN - KARNIVAL - PAMERAN PERDAGANGAN

Serlahkan daya tarikan di booth anda! Pastinya pelawat akan tertarik dengan apa yang bakal mereka perolehi dan tidak lagi sekadar lalu sahaja di situ!

karikatur di pesta buku picture karikatur untuk karnival picture

Bayangkan apa yang dapat dilakukan dalam tempoh 10 minit pelukis kami menyiapkan karikatur pelawat anda. Inilah masanya untuk anda menerangkan dengan terperinci mengenai produk dan servis anda. Pastinya mereka akan memberi sepenuh perhatian dengan penerangan anda. Hanya isikan sahaja borang tempahan karikatur untuk majlis, parti dan acara ini dan kami akan memudahkan segalanya untuk anda!

karikatur untuk pameran perdagangan picture

Samada 10 maupun 10,000 orang tetamu, pastinya KAMILAH pilihan yang terbaik untuk anda! Kartunis dan pelukis karikatur kami bukan hanya sekadar menghasilkan lukisan karikatur yang berkualiti, malahan mereka akan memastikan tetamu anda tidak kering gusi dengan telatah dan lawak jenaka mereka!

Anda juga boleh meletakkan logo syarikat dan produk anda pada kertas lukisan karikatur. Apabila pelawat anda pulang ke pejabat atau rumah mereka, logo dan nama syarikat anda akan dipamerkan tatkala lukisan karikatur mereka digantung di atas dinding. Tak perlu lagi anda membazirkan wang untuk keychain, belon, pen dan cenderahati lain yang pastinya akan dibuang. Dapatkan cenderahati berupa lukisan karikatur daripada kami yang pastinya akan disimpan dan dijaga dengan baik bertahun lamanya!

hadiah karikatur untuk VIP picture
Juga sebagai cenderahati untuk VIP majlis anda!
(Contoh: Hadiah kepada YAB Datin Noraini binti Abdullah - Isteri bekas Menteri Besar Kedah)

 

TEMPAHLAH KAMI SEGERA SEBELUM KAMI DITEMPAH ORANG LAIN!

Untuk sebarang pertanyaan, sila lawati mukasurat Karikatur FAQ kami.

back to top

 

 

 
TM & © 2008, UBI. Hakcipta Terpelihara.
Perkhidmatan Karikatur Online Ubi | Online Caricature Services by Ubi